Thursday, October 29, 2009
Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa, KL (1987 - 1991)
Lagu sekolah SMPTKL :
Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa
Sekolah yang kami cintai
Melangkah arah kejayaan
Dari didikan yang abadi
Jasa Kamu tidak kami lupakan
Pada Tuhan kami berdoa
Agar kau akan terus mendidik
Berbakti kepada negara
1987 - tahun aku melangkahkan kaki ke sekolah menengah. Berdasarkan prestasi peperiksaan darjah enam aku dimasukkan ke kelas aliran perdagangan kelas pertama iaitu 1 Cempaka (guru kelas, seorang Muallaf iaitu Puan Sabrina). Tp masalah yang sama ntah mana perginya gambar kelas 1 Cempaka samada aku x beli ataupun hilang.
1987 - Ni je la gambar masa tingkatan 1 yg masih dlm simpanan aku tp bkn gambar aku pun. Dlm gambar ni : Hafidzah (yg bertudung), sebelah dia tu aku x ingat sape, yg blkg tu Rafeah & Suzi.
1988 - aku berjaya mengekalkan prestasi pelajaran; aku kekal di dalam kelas pertama & dimasukkan ke kelas 2 Cempaka. Guru kelas ketika itu Puan Ho (cum guru matematik) salah satu matapelajaran yg paling aku x suke & lemah.
1989 - aku diturunkan ke kelas 2 iaitu Kelas 3 Melati (Guru Kelas ketika itu Puan Shamsiah) disbbkan prestasi di tingkatan 2 kurang memberangsangkan semuanye gara-gara aku gagal mendapat kredit didlm matapelajaran matematik (nyampah tul). Pd thn itu aku bakal menduduki peperiksaan besar Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Aku dikategorikan dalam lingkungan pelajar sederhana. Sungguhpun aku tak pernah pergi ke kelas tusyen (masalah kewangan) aku berjaya membuktikan yang aku mampu utk meneruskan persekolahan aku ke tingkatan 4.
Aku berjaya mendapat Pangkat A dgn agregate hmmmm malu la nak ckp....huk huk huk
1990 - Aku memilih utk masuk ke kelas 4 Perdagangan 2 (Guru Kelas; Puan Jamilah Yusuf) dimana aku diwajibkan mengambil matapelajaran Sejarah & Sastera. Pd awal penggal, pelajaran aku kurang memberangsangkan kerana aku tak mempunyai buku yang lengkap hanya sebab aku beriya2 nak masuk ke Sekolah Vokasional tp aku hampa aku gagal menempatkan diri ke Sekolah Vasional & memaksa diri aku membeli segala keperluan buku-buku latihan sekolah agar tak ketinggalan dlm pelajaran. Aku bernasib baik kerana di atas faktor kekurangan, aku layak mendapat biasiswa yg ditawarkan kepada aku sejak di tingkatan 3 sehingga la aku tamat persekolahan di tingakatan 5.
Jadi dapatlah aku membeli segala persiapan persekolahan.
1991 - 5 Perdagangan 2 (masih guru kelas yang sama; Puan Jamilah Yusuf. Pd tahun itu aku bakal menduduki peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & yg juga bakal menentukan masa depan aku. Guru2 byk membantu terutama Puan Jamilah Yusuf (cum B.M), Cik Rohana (Sastera) & seorang guru Cina (aku x ingat namanya - mengajar matapelajaran lukisan). Pada mulanye (di tingkatan 4 aku tak begitu meminati matapelajaran Sastera) sbbnye guru yang mengajar buat aku menguap sepanjang masa - aku jadi bosan & x pernah mendapat kredit langsung. Tp bila aku melangkah kaki ke tingkatan 5, aku menjadi begitu minat dgn matapelajaran sastera & lukisan. Teknik pembelajaran Puan Jamilah & Cik Rohana benar2 membuahkan hasil. Sungguhpun aku gagal mendapat A1/A2 dalam B.M tp aku berjaya mendapat A1 dlm matapelajaran sastera sekaligus aku mendapat pelajar terbaik bg pelajaran sastera di dlm peperiksaan SPM. Tp aku agak sedikit kecewa, kalau lah aku berjaya mendapat A1/A2 di dlm matapelajaran BM & Lukisan tentu dpt membantu agregate aku terus ke pangkat 1. Tp takdir dah menentukan aku mendpt C3 utk BM & C3 utk Lukisan. Matapelajaran yang lain C6 & cukup makan. Alhamdulillah walaupun tak pernah mengambil kelas Tusyen, aku boleh dikatakan berjaya dgn usaha aku sendiri serta berkat doa kepada Allah swt & doa mak ayah.
Aku mendapat tempat melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam (Sekolah Maxwell) tp terpaksa dilupakan cos keluarga kurang berkemampuan. Aku mengalah demi adik-adik.
1991 - Aku mendpt jawatan khas sbg Pengawas Pusat Sumber semasa di tingkatan 4 lagi. Utk mendapatkannya bknnya senang, aku kena melalui ujian pemilihan. Alhamdulillah, akhirnya aku terpilih. Aku diwajibkan memakai baju kurung berwarna biru muda & mendapat lencana khas; bangga gak rasanya masa tu sekurang2 boleh ditulis dlm testimonial bila tamat persekolahan. Byk suka & duka semasa aku memegang jawatan itu tp aku tetap happy dgn tugas yg dah dipertanggungjwbkan pd aku.
1991 - Hari perasmian Sudut Sejarah.
1991 - Hari penyampaian hadiah & sijil2 penghargaan oleh Puan Azizah.
1991 - Lokasi : Bukit Melawati. Pustakawan SMPT membuat lawatan ke Kuala Selangor. Budak2 lelaki tu aku x kenal cos diaorg sibuk nak kenal dgn beberapa org dr kami x termasuk aku maklumla aku x cun...hua hua hua
1992 - Kenangan bergambar bersama pelajar SMPT (junior aku) di hari penyampaian hadiah.
Wednesday, October 28, 2009
Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Temerloh, Kuala Lumpur (1981 - 1986)
Tahun 1981 - Di sinilah titik bermulanya aku mengenali alam persekolahan, dimana aku tak pernah bersekolah tadika sepertimana kanak-kanak sebaya aku. Segalanya baru buat aku terutamanya ketika cuba bergaul & berinteraksi dengan kawan-kawan yang baru aku kenali & juga guru-guru. Aku dimasukkan ke kelas pertama iaitu Darjah 1 Merah (Guru Kelas - Puan Kalsom. Tp ntah ke mana hilangnye gambar tu, yang tinggal cuma gambar semasa aku di darjah 2 tapi turun kelas ke 2 Biru... hwarrrghhhhh.... gara-gara prestasi merosot. Guru kelas 2 Biru ketika itu Mrs. Goh (kalau x silap aku lah)
Alhamdulillah aku terjumpa balik gambar semasa darjah satu..yahoooooo....
Tahun 1983 - Aku diturunkan kelas sekali lagi ke 3 Hijau (kelas ke 3)...huarghhhhhh....nak buat camner...kelas darjah ramai yg pandai kot...aku yg agak lembab terpaksalah akur dgn keputusan cikgu. Guru kelas ketika itu, Puan Hasnah (garang wooooooo).
Gambar ni aku copy dr Group SRK Jalan Temerloh di FB. Alangkah seronoknye aku tgk gambar ni esp ada rakan sekolah yg aku kenal didalam gambar ni. Duduk dr kiri Hasrolina Hashim & Rohaidah, yg berdiri dr kiri berbaju kurung tu x pasti sape & kanan tu Norhayati.
1985 - Kenangan bergambar bersama Maizura, Norita & Nurul Huda di Maktab Perguruan Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
Gambar2 semasa darjah 4 - 6 ntah mana la agaknye.
Dr darjah 4 - 5 aku ditempatkan di kelas Hijau. Keputusan peperiksaan penilaian semasa darjah 5 ala kadar aje. Aku mendapat kelas di darjah 6 Merah (kelas pertama di ketika itu).
Terlalu byk kenangan manis & pahit semasa bersekolah di SRKJTKL.
Oh SRKJTKL
Tempat kami bernaung
Akan kami kenang selalu
Segala jasa baktimu
kami berjanji bersetia
berdisiplin sifat mulia.....
setakat tu je la bait2 lagu sekolah yg dpt aku ingat...
Nota : Cadangan penubuhan Pusat Kokurikulum Negeri telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP) ke 114 yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia pada 12 November 1991.Premis asal Sekolah Kebangsaan Jalan Temerloh telah dipilih pada 1 Disember 1997 sebagai PKK KL setelah murid-muridnya semakin berkurangan. Sekolah Kebangsaan Jalan Temerloh telah ditutup secara rasmi mulai 1 Januari 2000.
Subscribe to:
Posts (Atom)