CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 28, 2009

Beralih ke pekerjaan tetap

1995 - Victor & Co (Accounting firm)

Aku menghadiri temuduga di sebuah syarikat accounting dimana pemiliknya seorang cina indonesia yg begitu masih berbahasa melayu tp dialek Indon. Aku terus diterima masuk & ditawarkan jawatan sbg Kerani Am. Gaji cukup2 mkn aje & aku masih berkerja di Pizza Hut sbg pekerja sambilan. Tp malang 'jodoh' aku kat sykt tu x lama, aku mampu bertahan 3 bln shj gara2 sikap setiausaha merangkap anak sedara pemilik sykt tu sendiri yg teramat la kurang ajar. Belum pernah ada org mencampakkan file atau apa2 kat aku semata2 utk melepaskan ketidakpuasan hati dia. So thats it - drpd aku menangis tiap hari baik angkat kaki jer. Kebetulan masa tu ada jawatan kosong di sebuah sykt accounting di IGB Plaza (Plaza Permata).


May, 1995 - Coopers & Lybrand

22/May/1995

Sebuah Accounting Firm antara 6 terbesar di dunia ketika itu.
Hari pertama aku ditemuda oleh seorang eksekutif (HR) kalau x silap nama dia Exora.
Comel orgnye. Aku diuji kepantasan menaip. Aku lulus tp terpaksa menjalani sebuah temuduga dgn seorang Manager yg bernama Anne Ch'ng.


23/May/1995

Hari kedua, aku berjumpa Anne Ch'ng utk temuduga. Dia bercakap dalam BI & aku membalas dlm BM + BI. Masa tu aku x pandai sgt BI, cuma paham tp x pandai nak balas balik. So Anne puas hati & aku diterima masuk sbg Kerani.


24/May/1995

Tarikh bermulanya aku bekerja di Coopers & Lybrand.
Department - MIS (Management Information System).

Manager - Anne Ch'ng
Assistant Manager - Jes
IT Analyst - Tan & Chitra
Kerani - Abg Yusri & Kak Noriza

























Masa itu kami memerlukan tenaga pekerja sambilan lebih2 masa 'Financial Year End Closing'. Sabtu & ahad pun kena keja. 3 org pekerja sambilan, Sharliza, Kak Miza & sorang lelaki (x ingat nama dia) di ambil bekerja.
Yg paling syok dpt mkn free heheheheh....Anne Ch'ng mmg seorang yg pemurah tiap kali kami over time di hujung minggu dia mesti belanja...& yg paling best sekali bila dah selesai 'closing'...kami mkn besar di hotel...apa lg 'BUFFET'....tp aku ni bkn kuat mkn..sampaikan bos aku ckp aku ni 'small eater'..mana xnya masa tu aku 'sekeping'...
ya la kena buat 2 keja dlm sehari...8.30 - 5.30 di pejabat...6 - 12 di Pizza Hut..demi mendptkan pendapatan sampingan...








Staff silih berganti

1997 - Abg Yus mendapat tawaran di tmpt lain so tmpt dia diganti oleh Shar (Sharliza) & seorang lg pekerja baru diambil Hazri Jamaluddin.
Alhamdulillah rezeki agaknye...aku mendpt kenaikan pangkat.
Tempat Jes, Tan & Chitra juga diganti org lain. Sedih la plak masa tu tp nak buat camner mungkin tawaran keja di tmpt lain lebih baik masa tu.









































FMA - Finance Management Accounting

Penghujung 1997 - Kami dipindahkan ke FMA (Finance Management Accounting) bersama bos baru ; Jasvinder Kaur. Ketika aku, Shar, Hazri, Zura & Akmal di dlm dept kami disbbkan kami agak kekurangan kakitangan ketika, Zukahida (Ida) merangkap rakan sekolah aku diambil bekerja.




1997









(Bergambar bersama staff Finance)







1998










(masa ni aku preg anak pertama)

Monday, November 16, 2009

Melangkah ke alam pekerjaan

Nov,1991 - Selepas selesai SPM, aku menghadiri temuduga (walk-in invertview) di sebuah restoran makananan segera ; Grandy's dimana kawan sekolah aku sudahpun mendpt tmpt sblm aku iaitu Zukahida (Ida) & Hanisah. Aku berjaya temuduga & mula bekerja pd esoknye. Tp ada syarat dikenakan yg mengkehendaki aku memakai Shirt & seluar berupa skirt paras lutut. Aku agak kekok pd mulanya cos aku x biasa pakai camtu sejak berumur 13 thn. Dan juga dikehendaki memakai make up (apa lagi make up mak aku ler yg aku kejakan...hehehehe maklum ler br bekerja) Hendak xnak terpaksa la aku akur kehendak majikan. Aku ditawarkan jawatan sbg 'cashier

Tembal betul aku - masa ni x laku (dah la gemuk, pendek - mmg xda org berkenan ..ahakss)


Bergambar bersama Kak Fiza (kakak angkat) - rindu sgt dgn Kak Fiza, manalah dia skrg ni.


Bergambar dgn abg angkat aku (Kenny) - skrg dia dah pun berkahwin dgn perempuan melayu & memeluk islam. (manalah diaorg ni menghilang)







Setelah hampir setahun setengah aku bekerja di Grandy's, pd tahun 1992 aku cuba mencari tawaran kerja di tempat lain. Dengan pengalaman yg ada aku mendpt tmpt di Pizza Hut, The Mall. Teruk jugak kerja kat Pizza Hut cos 'Table Service' dimana aku perlu ambil 'order' dr customer. Kalau hujung minggu & cuti sekolah mmg penuh sakan tp staff x ramai. So aku prefer buat keja sbg 'all rounder' - sediakan air, clear meja, ambik order & kadang2 tu ke dapur jugak sediakan pasta @ sup. Terasa serik aku keja camtu tp fun. Di Pizza Hut jugak aku dipertemukan seseorang yg mana merangkap suami aku sekarang





















Gambar masa kitaorg attend Annual Dinner Pizza Hut di sebuah disco piramid (kalau x silap la namanye) maklum la aku bkn kaki disco...tupun 1st time jejakkan kaki kat disco. Happening gak masa tu maklum masa tu 1st time gak la aku dpt lucky draw - (slow cooker), sampai skrg masih ada lagi tp kat rmh mak aku.

























Thursday, October 29, 2009

Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa, KL (1987 - 1991)





























Lagu sekolah SMPTKL :

Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa
Sekolah yang kami cintai
Melangkah arah kejayaan
Dari didikan yang abadi
Jasa Kamu tidak kami lupakan
Pada Tuhan kami berdoa
Agar kau akan terus mendidik
Berbakti kepada negara









1987 - tahun aku melangkahkan kaki ke sekolah menengah. Berdasarkan prestasi peperiksaan darjah enam aku dimasukkan ke kelas aliran perdagangan kelas pertama iaitu 1 Cempaka (guru kelas, seorang Muallaf iaitu Puan Sabrina). Tp masalah yang sama ntah mana perginya gambar kelas 1 Cempaka samada aku x beli ataupun hilang.






















1987 - Ni je la gambar masa tingkatan 1 yg masih dlm simpanan aku tp bkn gambar aku pun. Dlm gambar ni : Hafidzah (yg bertudung), sebelah dia tu aku x ingat sape, yg blkg tu Rafeah & Suzi.










































1988 - aku berjaya mengekalkan prestasi pelajaran; aku kekal di dalam kelas pertama & dimasukkan ke kelas 2 Cempaka. Guru kelas ketika itu Puan Ho (cum guru matematik) salah satu matapelajaran yg paling aku x suke & lemah.




















1989 - aku diturunkan ke kelas 2 iaitu Kelas 3 Melati (Guru Kelas ketika itu Puan Shamsiah) disbbkan prestasi di tingkatan 2 kurang memberangsangkan semuanye gara-gara aku gagal mendapat kredit didlm matapelajaran matematik (nyampah tul). Pd thn itu aku bakal menduduki peperiksaan besar Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Aku dikategorikan dalam lingkungan pelajar sederhana. Sungguhpun aku tak pernah pergi ke kelas tusyen (masalah kewangan) aku berjaya membuktikan yang aku mampu utk meneruskan persekolahan aku ke tingkatan 4.
Aku berjaya mendapat Pangkat A dgn agregate hmmmm malu la nak ckp....huk huk huk




















1990 - Aku memilih utk masuk ke kelas 4 Perdagangan 2 (Guru Kelas; Puan Jamilah Yusuf) dimana aku diwajibkan mengambil matapelajaran Sejarah & Sastera. Pd awal penggal, pelajaran aku kurang memberangsangkan kerana aku tak mempunyai buku yang lengkap hanya sebab aku beriya2 nak masuk ke Sekolah Vokasional tp aku hampa aku gagal menempatkan diri ke Sekolah Vasional & memaksa diri aku membeli segala keperluan buku-buku latihan sekolah agar tak ketinggalan dlm pelajaran. Aku bernasib baik kerana di atas faktor kekurangan, aku layak mendapat biasiswa yg ditawarkan kepada aku sejak di tingkatan 3 sehingga la aku tamat persekolahan di tingakatan 5.
Jadi dapatlah aku membeli segala persiapan persekolahan.
































1991 - 5 Perdagangan 2 (masih guru kelas yang sama; Puan Jamilah Yusuf. Pd tahun itu aku bakal menduduki peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & yg juga bakal menentukan masa depan aku. Guru2 byk membantu terutama Puan Jamilah Yusuf (cum B.M), Cik Rohana (Sastera) & seorang guru Cina (aku x ingat namanya - mengajar matapelajaran lukisan). Pada mulanye (di tingkatan 4 aku tak begitu meminati matapelajaran Sastera) sbbnye guru yang mengajar buat aku menguap sepanjang masa - aku jadi bosan & x pernah mendapat kredit langsung. Tp bila aku melangkah kaki ke tingkatan 5, aku menjadi begitu minat dgn matapelajaran sastera & lukisan. Teknik pembelajaran Puan Jamilah & Cik Rohana benar2 membuahkan hasil. Sungguhpun aku gagal mendapat A1/A2 dalam B.M tp aku berjaya mendapat A1 dlm matapelajaran sastera sekaligus aku mendapat pelajar terbaik bg pelajaran sastera di dlm peperiksaan SPM. Tp aku agak sedikit kecewa, kalau lah aku berjaya mendapat A1/A2 di dlm matapelajaran BM & Lukisan tentu dpt membantu agregate aku terus ke pangkat 1. Tp takdir dah menentukan aku mendpt C3 utk BM & C3 utk Lukisan. Matapelajaran yang lain C6 & cukup makan. Alhamdulillah walaupun tak pernah mengambil kelas Tusyen, aku boleh dikatakan berjaya dgn usaha aku sendiri serta berkat doa kepada Allah swt & doa mak ayah.
Aku mendapat tempat melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam (Sekolah Maxwell) tp terpaksa dilupakan cos keluarga kurang berkemampuan. Aku mengalah demi adik-adik.




















1991 - Aku mendpt jawatan khas sbg Pengawas Pusat Sumber semasa di tingkatan 4 lagi. Utk mendapatkannya bknnya senang, aku kena melalui ujian pemilihan. Alhamdulillah, akhirnya aku terpilih. Aku diwajibkan memakai baju kurung berwarna biru muda & mendapat lencana khas; bangga gak rasanya masa tu sekurang2 boleh ditulis dlm testimonial bila tamat persekolahan. Byk suka & duka semasa aku memegang jawatan itu tp aku tetap happy dgn tugas yg dah dipertanggungjwbkan pd aku.










1991 - Hari perasmian Sudut Sejarah.








1991 - Hari penyampaian hadiah & sijil2 penghargaan oleh Puan Azizah.








1991 - Lokasi : Bukit Melawati. Pustakawan SMPT membuat lawatan ke Kuala Selangor. Budak2 lelaki tu aku x kenal cos diaorg sibuk nak kenal dgn beberapa org dr kami x termasuk aku maklumla aku x cun...hua hua hua







1992 - Kenangan bergambar bersama pelajar SMPT (junior aku) di hari penyampaian hadiah.

Wednesday, October 28, 2009

Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Temerloh, Kuala Lumpur (1981 - 1986)




































Tahun 1981 - Di sinilah titik bermulanya aku mengenali alam persekolahan, dimana aku tak pernah bersekolah tadika sepertimana kanak-kanak sebaya aku. Segalanya baru buat aku terutamanya ketika cuba bergaul & berinteraksi dengan kawan-kawan yang baru aku kenali & juga guru-guru. Aku dimasukkan ke kelas pertama iaitu Darjah 1 Merah (Guru Kelas - Puan Kalsom. Tp ntah ke mana hilangnye gambar tu, yang tinggal cuma gambar semasa aku di darjah 2 tapi turun kelas ke 2 Biru... hwarrrghhhhh.... gara-gara prestasi merosot. Guru kelas 2 Biru ketika itu Mrs. Goh (kalau x silap aku lah)

Alhamdulillah aku terjumpa balik gambar semasa darjah satu..yahoooooo....

















Tahun 1983 - Aku diturunkan kelas sekali lagi ke 3 Hijau (kelas ke 3)...huarghhhhhh....nak buat camner...kelas darjah ramai yg pandai kot...aku yg agak lembab terpaksalah akur dgn keputusan cikgu. Guru kelas ketika itu, Puan Hasnah (garang wooooooo).





Gambar ni aku copy dr Group SRK Jalan Temerloh di FB. Alangkah seronoknye aku tgk gambar ni esp ada rakan sekolah yg aku kenal didalam gambar ni. Duduk dr kiri Hasrolina Hashim & Rohaidah, yg berdiri dr kiri berbaju kurung tu x pasti sape & kanan tu Norhayati.















1985 - Kenangan bergambar bersama Maizura, Norita & Nurul Huda di Maktab Perguruan Jalan Pahang, Kuala Lumpur.





Gambar2 semasa darjah 4 - 6 ntah mana la agaknye.
Dr darjah 4 - 5 aku ditempatkan di kelas Hijau. Keputusan peperiksaan penilaian semasa darjah 5 ala kadar aje. Aku mendapat kelas di darjah 6 Merah (kelas pertama di ketika itu).

Terlalu byk kenangan manis & pahit semasa bersekolah di SRKJTKL.

Oh SRKJTKL
Tempat kami bernaung
Akan kami kenang selalu
Segala jasa baktimu

kami berjanji bersetia
berdisiplin sifat mulia.....


setakat tu je la bait2 lagu sekolah yg dpt aku ingat...






Nota : Cadangan penubuhan Pusat Kokurikulum Negeri telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP) ke 114 yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia pada 12 November 1991.Premis asal Sekolah Kebangsaan Jalan Temerloh telah dipilih pada 1 Disember 1997 sebagai PKK KL setelah murid-muridnya semakin berkurangan. Sekolah Kebangsaan Jalan Temerloh telah ditutup secara rasmi mulai 1 Januari 2000.