CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 31, 2014

Saturday, October 1, 2011

Reunion Alumni SRK Jalan Temerloh (Batch 1981 - 1986) - 7 May 2011

Kali terakhir kami bertemu pada penghujung cuti sekolah tahun 1986...kira-kira 25 tahun yg lalu.
7 May 2011 melakar sejarah di mana kami berjaya mengumpulkan beberapa kawan-kawan baik lelaki maupun perempuan serta seorang guru kelas kami pada darjah 6 iaitu Puan Nyai Mariani untuk dipertemukan dalam Reunion Alumni yg ulung kali diadakan. Berterima kasih juga pada laman web Facebook menemukan kami semula.

Tempat : Di-Atas Brasserie, Hotel Legend, Kuala Lumpur
Tarikh : 7 May 2011 (Jam 1 pm - 5 pm)


Senarai rakan-rakan serta guru yang hadir :-


  1. Azlina Baharum (Pengerusi Majlis)                                                            
  2. Azliza Azman                                                                                        
  3. Hasrolina Hashim
  4. Mazita Amsah                                                                                          
  5. Nora'azidah Abd Rahman                                                                      
  6. Norhayati Abdul Razak                                                                              
  7. Norhayati Saidin                                                                                      
  8. Norita Muri                                                                                            
  9. Norina Ahmad                                                                                           
  10. Nurul Huda Abdul Razak                                                                             
  11. Ruwaidah Darwis                                                                                       
  12. Zukahida Kasim (Pembantu pengerusi)
  13. Puan Nyai Mariani (Bekas guru kelas)
  14. Badrulnizam
  15. Mohammad Azlan Supian
  16. Mohd Azlan Latif
  17. Mohd Faiesal Salman
  18. Mohd Hanif Mohd Ros
  19. Mohd Rais
  20. Mohd Ridzuan Abdul Hamid
  21. Saarol Nizam
  22. Suhaimi Mohd Ariff


Berdiri di barisan akhir dari kiri ) - Saarol Nizam,Badrulnizam, Mohd Rais    Berdiri di barisan ke 2 akhir dar kiri - Suhaimi Mohd Ariff,,Mohd Azlan Latif, Mohammad Azlan Supian, Hanif, Mohamed Faiesal Salman & Mohd Ridzuan /. Berdiri barisan ke 3 - Norhayati Abdul Razak, Nora'azidah, Hasrolina, Azliza Azman, Mazita Amsah, Norhayati Saidin & Ruwaidah Darwis. Berdiri di barisan depan - Nurul Huda Abdul Razak, Norina Ahmad, Zukahida Kasim, Norta Muri & Azlina Baharum.


Berdiri dari kiri - (varisan belakang) Mohd Rais, Mohammad Azlan Supian, Badrulnizam, Mohamed Faiesal Salman & Suhaimi Mohd Ariff. Berdiri dari kiri (barisan depan) - Mohd Ridzuan, Mohd Azlan Latif, Hanif Mohd Ros & Saarol Nizam.

Apalah yang korang gelakkan tu ya? Hepi gilersss...

Gambar candid - hepinya mak2 org ni


Berdiri dari kiri - Norina Ahmad, Mazita Amsah, Puan Nyai Mariani, Zukahida Kasim & Azliza Azman.

Berdiri dari kiri - Azlina Baharum, Norina Ahmad, Hasrolina Hashim, Norhayati Saidin, Puan Nyai Mariani, Zukahida Kasim, Azliza Azman, Ruwaidah Darwis & Nurul Huda Abdul Razak.
 
Berdiri dari kiri - Mohd Rais, Saarol Nizam, Hanif Mohd Ros, Suami cikgu, Mohammad Azlan Supian, Mohd Ridzuan, Mohamed Faiesal Salman, Suhaimi Mohd Ariff & Mohd Azlan Latif.

Kami dipilih menyertai pertandingan menghias kek sempena 'Hari Ibu' 2011

Excited giler mak2 ni...hehehehehe
Sempat bergambar sebelum acara bermula


Kusyuk menepek krim kat kek...sempat senyum tuu...hehehehe



Idapun sama.....hantam sajelah ida.....janji ada rupa kek....

Sempat gak Azliza berposing sambil sapu krim kat kek dia....uikkks....mamat blkg tu sempat posing sama.....huk huk hu

Inilah kek hasil hiasan aku yg x seberapa...hentam saje la labu....1st time mengias kek...What do u expect??

Ida bersama kek  yg dah siap dihias


Azliza bersama kek yg telah dihias....


Inilah kek aku....

Kek hasil hiasan Zukahida Kasim

Kek hasil hiasan Azliza Azman
Pemenang-pemenang bergambar dgn chef & GM.


Boleh tahan hadiah2 yg aku dpt...

Avon salah satu hadiah yg aku menang...

Barangan dari Hotel Legend






































Tuesday, January 19, 2010

Merger (Penggabungan) - 1 July 1998

1 July 1998 - Gabungan di antara 2 accounting firm terbsr dunia ; Coopers & Lybrand & Pricewaterhouse. Sekali lagi staf silih berganti mana xnya kedua2 firm menggabungkan staff2 mereka. Pd mulanya ada kekok cos cara kami berbeza. Rasa mcm xda rasa harmoni yg mana pd mata aku, diaorg ni mengikut pangkat & kedudukan.

Dari IGB plaza (kini dikenali Plaza Permata) kami berpindah ke Wisma Cycle & Carriage & ditempatkan di department MIS (Management Information System) bersama2 staff PW. Agak ssh nak sesuaikan diri kerana persepsi masing2 agak berbeza.
Masa itu masih di bawah bos kami Jasvinder Kaur tp x lama cos dia berhijrah ke Australia bersama anak perempuannya & menetap di sana. Tempat Jas diganti oleh Chan Sook Fung. Tp sblm Jas berhijrah pd thn 1999, dia telah memindahkan staff2 dibwhnya seperti Aku, Shar, Akmal, Hazri & Zamri ke dept lain.

Pd mulanye aku x nampak apakah motif dia memindahkan kami cos aku mula memikirkan perkara negatif yg kononnye khidmat aku x diperlukan di MIS. Rupa2 anggapan aku meleset br skrg aku sedar kebaikan kami dipindahkan. (peluang kenaikan lebih cerah - itulah motifnya)

Aku & shar dipindahkan ke dept Practice Operations - masa tu aku masih cuti bersalin..seminggu sblm diterima masuk ke PO aku ditemuduga oleh Valentina & Cecilia How iaitu merangkap bos/2nd bos kami. Aku masuk bekerja pd pertengahan Mei 1999.
Sekali lagi aku berpindah bangunan ke Wisma Sime Darby di Jalan Raja Laut cuma sbrg jaln dr C & C.

Manakala Hazri & Akmal dipindahkan ke L&E (Learning & Education Dept). Peluang kenaikan mereka begitu cerah, kedua2 bergelar Eksekutif skrg ni. Alhamdullillah.
Zamri plak ke IT Dept.

Tp kesian plak kat Zura dia terpaksa stay di dept yg sama sampai skrg bersama2 Muthu & Azmi (Yop).

Sayanglah aku xda gambar nak dikongsikan di sini semasa merge dulu.







Practice Operations - (1999 - presents)

Dulu, kini dan selamanya nampaknya aku terus bersama2 PO. Kami dibahagikan kpd 2 bahagian iaitu : NI (Net Investment Team) & RMT Team (Resource Management Team fka Risk Management Team).

Senior Manager - Valentina
Manager            - Cecilia How (NI Team)
Manager            - Ho Shu Fern (RMT)

NI Team
Doreen Lee, Sonia, Mrs Lam, Ina, Sharliza, Yusnidar

RMT Team
Kak Nita, Kak Saba, Ana, Mala serta Kak Hanita


Wajah silih berganti, Valentina berhenti & berpindah ke Switzerland, tempatnya diganti Siew Wai San.

SM - Siew Wai San
M   - Cecilia How
M   - Ho Shu Fern

Orang-orang di bawah team turut berubah

NI Team
Sonia (berhenti pd awal 2012), Doreen Lee, Ina, Vasuki(berhenti) Shar (berhenti)& berpindah ke Melaka), Mrs Lam (bersara), Yusnidar(transfer ke IT dept), Azilah, Simran, Kelly

RMT Team
Kak Nita, Kak Saba, Ana (Berhenti), Mala, Kak Hanita (berhenti), Mohana


Wai San turut berhenti kerja setelah hampir setahun menerajui PO, tmptnya diganti oleh Cecilia How.
Banyak yg dpt aku pelajari dr Cecilia, beliau seorang bos yg cukup baik serta x penah kedekut ilmu dlm memberi bimbingan serta tunjuk ajar (bg aku she is an expert serta mempunyai knowledge yg super high - xda sapa dpt gantikan dia).

Pada tahun 2010, satu kejutan buat kami di mana Cecilia meletakkan jawatannya sbb terpaksa berpindah ke Singapura kerana suaminya bekerja di sana. Kami merasakan satu kehilangan. Dan sblm beliau berhenti, aku dpt kenaikan pangkat ke eksekutif atas budi bicaranya serta Azilah. Terima kasih yg x terhingga, kalaulah aku x dpt kenaikan pd thn 2010 belum tentu aku dpt kenaikan tersebut sehinggalah skrg. Tempatnya diganti oleh bos lama kami, Siew Wai San.


Cecilia's last day

























Inilah wajah-wajah terkini kami :-














Wai San sekali lagi meletak jawatan, tarikh akhir bersama kami pada 17/10/2012.


PO merger
Aku fikir PO tetap PO tp tidak, pd Oktober 2012 ni PO Tax & Assurance akan bergabung dgn PO Advisory. Mcmana lah agaknya nanti, mampu ke aku bertahan @ ke mana arah aku lps ni? Adakah khidmat aku diperlukan lagi? segalanya berada di awang-awangan......Doreen, teman sekerja (walaupun ada masanya kami berselisih faham tp bg aku she is the best colleague & friend yg pernah aku kenal) sayangnya dia dipindahkan ke Finance dept pd Nov'12. Sedihnya....


Monday, December 28, 2009

Beralih ke pekerjaan tetap

1995 - Victor & Co (Accounting firm)

Aku menghadiri temuduga di sebuah syarikat accounting dimana pemiliknya seorang cina indonesia yg begitu masih berbahasa melayu tp dialek Indon. Aku terus diterima masuk & ditawarkan jawatan sbg Kerani Am. Gaji cukup2 mkn aje & aku masih berkerja di Pizza Hut sbg pekerja sambilan. Tp malang 'jodoh' aku kat sykt tu x lama, aku mampu bertahan 3 bln shj gara2 sikap setiausaha merangkap anak sedara pemilik sykt tu sendiri yg teramat la kurang ajar. Belum pernah ada org mencampakkan file atau apa2 kat aku semata2 utk melepaskan ketidakpuasan hati dia. So thats it - drpd aku menangis tiap hari baik angkat kaki jer. Kebetulan masa tu ada jawatan kosong di sebuah sykt accounting di IGB Plaza (Plaza Permata).


May, 1995 - Coopers & Lybrand

22/May/1995

Sebuah Accounting Firm antara 6 terbesar di dunia ketika itu.
Hari pertama aku ditemuda oleh seorang eksekutif (HR) kalau x silap nama dia Exora.
Comel orgnye. Aku diuji kepantasan menaip. Aku lulus tp terpaksa menjalani sebuah temuduga dgn seorang Manager yg bernama Anne Ch'ng.


23/May/1995

Hari kedua, aku berjumpa Anne Ch'ng utk temuduga. Dia bercakap dalam BI & aku membalas dlm BM + BI. Masa tu aku x pandai sgt BI, cuma paham tp x pandai nak balas balik. So Anne puas hati & aku diterima masuk sbg Kerani.


24/May/1995

Tarikh bermulanya aku bekerja di Coopers & Lybrand.
Department - MIS (Management Information System).

Manager - Anne Ch'ng
Assistant Manager - Jes
IT Analyst - Tan & Chitra
Kerani - Abg Yusri & Kak Noriza

























Masa itu kami memerlukan tenaga pekerja sambilan lebih2 masa 'Financial Year End Closing'. Sabtu & ahad pun kena keja. 3 org pekerja sambilan, Sharliza, Kak Miza & sorang lelaki (x ingat nama dia) di ambil bekerja.
Yg paling syok dpt mkn free heheheheh....Anne Ch'ng mmg seorang yg pemurah tiap kali kami over time di hujung minggu dia mesti belanja...& yg paling best sekali bila dah selesai 'closing'...kami mkn besar di hotel...apa lg 'BUFFET'....tp aku ni bkn kuat mkn..sampaikan bos aku ckp aku ni 'small eater'..mana xnya masa tu aku 'sekeping'...
ya la kena buat 2 keja dlm sehari...8.30 - 5.30 di pejabat...6 - 12 di Pizza Hut..demi mendptkan pendapatan sampingan...








Staff silih berganti

1997 - Abg Yus mendapat tawaran di tmpt lain so tmpt dia diganti oleh Shar (Sharliza) & seorang lg pekerja baru diambil Hazri Jamaluddin.
Alhamdulillah rezeki agaknye...aku mendpt kenaikan pangkat.
Tempat Jes, Tan & Chitra juga diganti org lain. Sedih la plak masa tu tp nak buat camner mungkin tawaran keja di tmpt lain lebih baik masa tu.









































FMA - Finance Management Accounting

Penghujung 1997 - Kami dipindahkan ke FMA (Finance Management Accounting) bersama bos baru ; Jasvinder Kaur. Ketika aku, Shar, Hazri, Zura & Akmal di dlm dept kami disbbkan kami agak kekurangan kakitangan ketika, Zukahida (Ida) merangkap rakan sekolah aku diambil bekerja.




1997









(Bergambar bersama staff Finance)







1998










(masa ni aku preg anak pertama)

Monday, November 16, 2009

Melangkah ke alam pekerjaan

Nov,1991 - Selepas selesai SPM, aku menghadiri temuduga (walk-in invertview) di sebuah restoran makananan segera ; Grandy's dimana kawan sekolah aku sudahpun mendpt tmpt sblm aku iaitu Zukahida (Ida) & Hanisah. Aku berjaya temuduga & mula bekerja pd esoknye. Tp ada syarat dikenakan yg mengkehendaki aku memakai Shirt & seluar berupa skirt paras lutut. Aku agak kekok pd mulanya cos aku x biasa pakai camtu sejak berumur 13 thn. Dan juga dikehendaki memakai make up (apa lagi make up mak aku ler yg aku kejakan...hehehehe maklum ler br bekerja) Hendak xnak terpaksa la aku akur kehendak majikan. Aku ditawarkan jawatan sbg 'cashier

Tembal betul aku - masa ni x laku (dah la gemuk, pendek - mmg xda org berkenan ..ahakss)


Bergambar bersama Kak Fiza (kakak angkat) - rindu sgt dgn Kak Fiza, manalah dia skrg ni.


Bergambar dgn abg angkat aku (Kenny) - skrg dia dah pun berkahwin dgn perempuan melayu & memeluk islam. (manalah diaorg ni menghilang)







Setelah hampir setahun setengah aku bekerja di Grandy's, pd tahun 1992 aku cuba mencari tawaran kerja di tempat lain. Dengan pengalaman yg ada aku mendpt tmpt di Pizza Hut, The Mall. Teruk jugak kerja kat Pizza Hut cos 'Table Service' dimana aku perlu ambil 'order' dr customer. Kalau hujung minggu & cuti sekolah mmg penuh sakan tp staff x ramai. So aku prefer buat keja sbg 'all rounder' - sediakan air, clear meja, ambik order & kadang2 tu ke dapur jugak sediakan pasta @ sup. Terasa serik aku keja camtu tp fun. Di Pizza Hut jugak aku dipertemukan seseorang yg mana merangkap suami aku sekarang





















Gambar masa kitaorg attend Annual Dinner Pizza Hut di sebuah disco piramid (kalau x silap la namanye) maklum la aku bkn kaki disco...tupun 1st time jejakkan kaki kat disco. Happening gak masa tu maklum masa tu 1st time gak la aku dpt lucky draw - (slow cooker), sampai skrg masih ada lagi tp kat rmh mak aku.