Nov,1991 - Selepas selesai SPM, aku menghadiri temuduga (walk-in invertview) di sebuah restoran makananan segera ; Grandy's dimana kawan sekolah aku sudahpun mendpt tmpt sblm aku iaitu Zukahida (Ida) & Hanisah. Aku berjaya temuduga & mula bekerja pd esoknye. Tp ada syarat dikenakan yg mengkehendaki aku memakai Shirt & seluar berupa skirt paras lutut. Aku agak kekok pd mulanya cos aku x biasa pakai camtu sejak berumur 13 thn. Dan juga dikehendaki memakai make up (apa lagi make up mak aku ler yg aku kejakan...hehehehe maklum ler br bekerja) Hendak xnak terpaksa la aku akur kehendak majikan. Aku ditawarkan jawatan sbg 'cashier
|
Tembal betul aku - masa ni x laku (dah la gemuk, pendek - mmg xda org berkenan ..ahakss) |
|
Bergambar bersama Kak Fiza (kakak angkat) - rindu sgt dgn Kak Fiza, manalah dia skrg ni. |
|
Bergambar dgn abg angkat aku (Kenny) - skrg dia dah pun berkahwin dgn perempuan melayu & memeluk islam. (manalah diaorg ni menghilang) |
Setelah hampir setahun setengah aku bekerja di Grandy's, pd tahun 1992 aku cuba mencari tawaran kerja di tempat lain. Dengan pengalaman yg ada aku mendpt tmpt di Pizza Hut, The Mall. Teruk jugak kerja kat Pizza Hut cos 'Table Service' dimana aku perlu ambil 'order' dr customer. Kalau hujung minggu & cuti sekolah mmg penuh sakan tp staff x ramai. So aku prefer buat keja sbg 'all rounder' - sediakan air, clear meja, ambik order & kadang2 tu ke dapur jugak sediakan pasta @ sup. Terasa serik aku keja camtu tp fun. Di Pizza Hut jugak aku dipertemukan seseorang yg mana merangkap suami aku sekarang
|
Gambar masa kitaorg attend Annual Dinner Pizza Hut di sebuah disco piramid (kalau x silap la namanye) maklum la aku bkn kaki disco...tupun 1st time jejakkan kaki kat disco. Happening gak masa tu maklum masa tu 1st time gak la aku dpt lucky draw - (slow cooker), sampai skrg masih ada lagi tp kat rmh mak aku.
|
No comments:
Post a Comment